'Sebak sesebak sebaknya...'

Iklan
ELFIRA LOY. Foto: INSTAGRAM

SETELAH perhubungannya dengan seorang penyanyi terlerai di tengah jalan, pelakon dan pengacara, Elfira Loy dilihat kembali menjaga kisah peribadinya.

Ini termasuklah keputusannya untuk sekali lagi melalui alam pertunangan dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September 2018.

Iklan
Iklan

Imbau Elfira, sejak awal pertunangan lagi, dia tidak pernah berkongsi gambar-gambar pertunangannya.

Bagaimanapun malam tadi, selebriti bertubuh genit ini memilih untuk berkongsi salah satu gambar semasa majlis pertunangannya, yang menyaksikan dia kelihatan sebak dan menitiskan air mata.

Iklan

"El tak pernah share sangat gambar masa tunang sebab inilah saya ketika majlis pertunangan itu, sebak sangat, sebak sesebak sebaknya (ketawa).

"Bersyukur dikurniakan rasa ini. Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan.

Iklan

"Pengalaman yang lama mengajar El erti kesabaran, ketabahan dan keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT, sabar itu memang indah," tulisnya.

Tambah anak kedua daripada empat orang adik beradik ini, dia turut menasihatkan sesiapa yang mempunyai masalah sukar untuk meluahkan apa yang dirasai, supaya kembali berdoa kepada ALLAH SWT.

"Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang terkunci di hati sehingga berat untuk dibacarakan, bicarakanlah kepada Allah.

"Semoga ALLAH juga memmberikan petunjuk kepada kalian," katanya yang turut berharap dapat kembali menyarung busana pertunangannya itu.