Penduduk sesak nafas kerana asap sampah

Iklan
Wei Kiat (kanan) turut serta dalam operasi tindakan ke atas tapak pembuangan sampah haram di Taman Saujana semalam.

RAWANG - Sudahlah menceroboh tanah kerajaan, operator tapak pelupusan sampah haram di Taman Saujana di sini semakin berani apabila sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka.

Sampah haram yang dibakar tiga minggu berturut-turut sekitar jam 12 malam dan 1 pagi itu telah menyebabkan ketidakselesaan penduduk yang terpaksa menghidu bau asap saban hari.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Majlis Perbandaran Selayang bertindak mengeluarkan kompaun dan menutup tapak tersebut dalam operasi yang dijalankan semalam.

Sebahagian kecil tapak pembuangan sampah haram di Taman Saujana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, jengkaut yang terdapat di tapak itu turut disita dan lubang di pintu masuknya dikorek bagi menghentikan aktiviti itu.

Iklan

Menurutnya, operasi tapak sampah haram itu dipercayai beroperasi sejak 20 tahun lalu dan pernah dikenakan beberapa tindakan sebelum ini.

"Saya minta supaya tapak tersebut terus dipantau mengelak aktiviti pembuangan sampah binaan itu beroperasi semula.

Iklan

"Kawasannya luas namun hanya sebahagian kawasan lapang digunakan oleh operator tempatan itu untuk pelupusan sampah haram.

" Jika tidak dibendung, saya bimbang kawasan tersebut menjadi tidak terkawal dan memudaratkan," katanya.