Ini isu rakyat Malaysia puan!

Iklan
Ciapan Syed Saddiq di laman mikro Twitter miliknya.

SHAH ALAM - Gara-gara menyokong desakan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dibidas seorang aktivis kontroversi.

Tidak berdiam diri, menteri muda itu membalas kenyataan tersebut di Twitter dengan menegaskan beliau tidak akan menutup mulut sesiapa termasuk dirinya dalam isu tersebut.

Iklan
Iklan

"Dengan segala hormatnya, ini bukan isu Melayu atau India. Ia isu rakyat Malaysia. Saya akan terus bersuara dan membenarkan orang lain untuk berbuat perkara sama.

"Cepat sahaja puan menyalahkan orang lain rasis tetapi realitinya puan yang menyemai politik perkauman. ‘Stop racialising everything’,” katanya.

Iklan

Aktivis tersebut menuduh Syed Saddiq sebenarnya bermasalah bukan Waytha Moorthy dan menjangkakan Ahli Parlimen Muar itu tidak akan bertahan lama dalam politik negara.

Kelmarin, Ketua Armada itu menegaskan tidak akan meminta maaf dan bersedia dikenakan tindakan kerana menyuarakan pandangan berhubung penyerahan memorandum menuntut Waytha meletakkan jawatan.

Iklan

Kemudian, bekas Naib Pengerusi DAP, P.Ramasamy menggesa tindakan dikenakan ke atas Syed Saddiq namun Ketua Pemuda PH itu memberi amaran kepada Ramasamy agar tidak sesekali mencuba mendiamkannya daripada menyuarakan kemahuan rakyat.

Penyerahan memorandum itu antara desakan dan tuntutan selepas Waytha dikatakan gagal meredakan ketegangan kaum dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield dekat Subang Jaya.