Kapal misi persisir kedua milik TLDM dinamakan Sundang

Iklan

KUALA LUMPUR - Kapal Misi Pesisir (LMS) kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan Sundang pada upacara pelancaran dan penamaan kapal itu di Wuhan, China hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan di sini memaklumkan upacara penamaan telah disempurnakan oleh Puan Seri Rusnah A Rahman iaitu isteri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Iklan
Iklan

Kapal itu dinamakan Sundang bersempena nama kapal ronda yang telah dilucut tauliah pada 1 Ogos 2005.

"Penggunaan nama Sundang yang merupakan senjata tradisional Melayu turut melambangkan simbol semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menentang serta menangkis serangan musuh sebagaimana keris," menurut kenyataan itu.

Iklan

Sundang merupakan kapal kedua selepas Keris dalam Skuadron LMS ke-11 dan baki dua buah lagi kapal akan dilancarkan pada pertengahan 2020.

"LMS berkemampuan melaksanakan tugas rondaan, pengawasan maritim, Search and Rescue (SAR) di samping menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia," kata kenyataan itu.

Iklan

Kapal itu bakal menjalani beberapa fasa persediaan serta ujian sebelum diserahkan kepada TLDM pada April 2020 dan warga kapal ini dijangka mula menjalani latihan penyesuaian pada hujung tahun ini di China. - Bernama