Dua anggota polis cedera kemalangan

Iklan
MPV PDRM remuk selepas dilanggar lori di Khantan, semalam.

CHEMOR - Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki dilanggar sebuah lori dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar/ Jalan Perindustrian Khantan 1 di sini semalam.

Dalam kejadian jam 6.25 petang itu kemalangan turut membabitkan dua lagi kenderaan jenis Proton Waja dan Perodua Axia.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dua anggota terbabit mengalami cedera ringan manakala, tiga pemandu lain terselamat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari arah Chemor menuju ke Sungai Siput telah melanggar bahagian belakang kereta peronda yang berhenti di lampu isyarat.

Iklan

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta anggota terseret sehingga melanggar tiang lampu lalu terlambung ke atas Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu.

"Keadaan itu menyebabkan tiang lampu isyarat berkenaan patah dan jatuh terkena pada bahagian hadapan Perodua Axia," katanya.

Iklan

Mohd Ali berkata, insiden itu juga menyebabkan kereta peronda jenis Proton Inspira remuk di bahagian hadapan dan belakang.

"Kemalangan itu berpunca daripada lori dipandu lelaki berusia 45 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya.

"Pemandu tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk diambil sampel darah dan air kencing selain kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.