Pelancong Jerman ditemukan mati di Taman Negara Mulu

Iklan
Gambar hiasan

MIRI - Pelancong Jerman yang hilang ketika banjir kilat berlaku di Gua Rusa di Taman Negara Mulu sejak semalam, ditemui mati jam 7 pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, Peter Hoverkamp, 66, yang hilang bersama seorang pemandu pelancong tempatan Roviezal Robin, 20, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di sungai Gua Rusa Mulu.

Iklan
Iklan

"Bomba sedang dalam perjalanan ke lokasi menggunakan helicopter M17 Unit Udara Bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Poh Kiong berkata, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari pemandu pelancong tempatan itu pada pagi ini dengan laporan terkini yang diterima menyatakan terdapat seramai 15 orang di dalam gua tersebut manakala lima orang lagi di pintu masuk gua.

Iklan
Iklan

Mangsa serta pemandu pelancong tempatan itu dilaporkan hilang pada pukul 5.50 petang semalam ketika banjir kilat berlaku di taman negara itu. - Bernama