Tak sengaja rakam kejadian ragut

Iklan
Kejadian ragut yang dirakam tanpa sengaja oleh Imran kemudian dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

KUALA LUMPUR - Tular di laman sosial, kisah blogger berjaya merakam detik seorang wanita diragut berhampiran Kompleks Pertama di sini

Memuat naik video itu Facebooknya, Imran Hakim meminta ia diviralkan bagi membantu mengesan peragut tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketika itu saya dan rakannya berjalan dari Kompleks Pertama menuju ke Sogo untuk makan tengah hari.

"Kebetulan, saya membawa dua kamera dan salah satunya digunakan untuk membuat vlog bagi merakam visual ketika perjalanan kami dari Kompleks Pertama ke Sogo.

Iklan

"Tiba-tiba, berlaku kejadian ragut di depan mata dan saya tidak sangka salah satu kamera masih berfungsi serta sempat merakam dengan jelas apa yang berlaku termasuk wajah mangsa, pelaku dan nombor pendaftaran motosikalnya," katanya.

Video itu dirakam pada 12.40 tengah hari 4 Julai lalu.

Iklan

Difahamkan Imran kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian.

Tindakan Imran mendapat pujian dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kagum dengan apa yang dilakukan pemuda tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihak polis mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

"Dalam kejadian tersebut, suspek yang menaiki sebuah motosikal telah meragut rantai leher mangsa iaitu seorang wanita yang sedang melintas jalan dari arah Kompleks Sogo menuju ke Komples Pertama.

"Siasatan telah dibuat berdasarkan laporan polis oleh pengadu," katanya.

Katanya, pihaknya menyeru kepada mangsa ragut tersebut untuk tampil membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati dan elakkan menjadi mangsa ragut," katanya.