Demi kamu 'nyawaku'...

Iklan
Ibrahim dan Saifuddin (kanan) menerima lawatan Wan Yusrizal (kiri) yang mewakili Dr Khairuddin.

KUALA NERUS - Demi kasih sayang, dia sanggup berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang terlantar akibat keretakan tulang punggung selepas terjatuh dari tangga rumah pada April lalu.

Bagi Mohd Saifuddin Ibrahim, 32, dia kini mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada bekerja iaitu menjaga bapanya, Ibrahim Hamzah, 80, yang terlantar dan memerlukan perhatian sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Saifuddin berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai penjual barangan aksesori kenderaan secara sepenuh masa namun sanggup mengorbankan kerjayanya itu demi menjaga sebahagian 'nyawanya' itu.

"Selepas melihat keadaan ayah terlantar tanpa upaya, hati berasa sedih dan mengambil keputusan

Iklan

menguruskan keperluan hidup ayah seperti mandi, memberi makan, minum dan keperluan lain.

"Pada masa sama, isteri saya terpaksa bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai perabot demi menyara kehidupan anak kami yang masih berusia tiga tahun," katanya ditemui pemberita, hari ini.

Iklan

Menceritakan semula kemalangan itu, Saifuddin berkata, bapanya terjatuh dari tangga rumah pada awal April lalu dan terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan.

"Selepas menjalani pemeriksaan dan berada di hospital selama dua hari ayah disahkan mengalami keretakan tulang pada bahagian punggung dan tidak lagi mampu berjalan seperti biasa," katanya.

Kisah sedih dua beranak yang menetap di Taman Batin Perdana ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’i yang mewakili Dr Khairuddin menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian bagi mengurangkan beban keluarga itu.