Gempa 5.5 magnitud gegar selatan Filipina

Iklan

MANILA - Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Phivolcs berkata, gempa yang berlaku jam 4.42 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman lima kilometer dan sembilan kilometer di tenggara bandar Carrascal.

Iklan
Iklan

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, lapor agensi berita Xinhua.

Gegaran dirasai di bandar Butuan, Tandag dan Cagayan de Oro; Misamis Oriental di selatan Filipina dan bandar Cebu, tengah Filipina.

Iklan
Iklan

Phivolcs berkata gegaran dijangka akan mencetuskan gempa susulan. - Bernama