Remaja hilang dakwa dirogol teman lelaki

Iklan
Gambar kecil, Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan yang hilang sejak beberapa bulan lalu mendakwa dirogol teman lelakinya di sebuah rumah di Kampung Durian Burung di sini.

Kejadian menimpa mangsa berusia 14 tahun itu hanya diberitahu ibunya pada Rabu lalu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, ibu mangsa sebelum ini ada membuat laporan polis selepas anak gadisnya itu dikatakan tidak pulang ke rumah.

"Hasil soal siasat mangsa mengaku ada keluar menonton wayang bersama suspek berusia 17 tahun, pada Februari lalu.

Iklan

"Sebaik selesai menonton wayang, mangsa mengaku melepak bersama suspek di Persisiran Payang sebelum dibawa pulang ke rumah suspek di Kampung Durian Burung," katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa dirogol suspek dan kehadirannya di rumah suspek sejak beberapa hari sebelum ini disedari ibu suspek yang kemudiannya membawa mangsa ke balai polis.

Iklan

"Hasil soal siasat, mangsa yang tidak bersekolah mengaku dirogol suspek sebelum ibu mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga pada Rabu lalu untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.