Pembiayaan pelajaran MARA ke luar negara tak berkurang: Rina

Iklan
Rina (tengah) bersama Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Erwin Khairul Ahmad (kanan) menyampaikan hadiah serta piala kepada johan pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 peringkat Wilayah Persekutuan di Kolej Profesional Baitulmal, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar menafikan maklumat yang tersebar berlakunya pengurangan jumlah peruntukan pembiayaan pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pelajar cemerlang ke luar negara bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, maklumat tersebut adalah fitnah dan peruntukan RM2 bilion yang diluluskan kerajaan bagi program pinjaman pelajaran untuk 2019 masih sama dan tidak pernah berkurang.

Iklan
Iklan

"Jumlah peruntukan itu masih dikekalkan dengan dasar sedia ada, tiada perubahan.

"Saya harap penyebar maklumat hentikan segala fitnah kerana ia boleh mengganggu gugat kemakmuran yang ada pada kita," katanya kepada media selepas merasmikan pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 di Kolej Profesional Baitulmal, di sini hari ini.

Iklan

Selasa lalu, media melaporkan Ketua Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Dr Asmah Razalli mendakwa, berlaku pengurangan mendadak peruntukan dan kuota pelajar cemerlang tajaan MARA ke luar negara.

MARA kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan jumlah peruntukan RM2 bilion yang diluluskan kerajaan bagi program pinjaman pelajaran untuk tahun 2019 sama seperti tahun sebelum ini.

Iklan

Kenyataan sama menyebut, peruntukan itu digunakan untuk menaja pelajar yang mengikuti pengajian di semua peringkat dalam dan luar negara.

"MARA tidak menetapkan sebarang kuota penghantaran pelajar ke luar negara tetapi penghantaran pelajar adalah berasaskan kepada bidang yang selari dengan keperluan guna tenaga negara," katanya.

Rina bersama pelajar Kolej Profesional Baitulmal dan peserta yang menyertai pertandingan pidato mengibarkan bendera mengalu-alukan kedatangan bulan kemerdekaan tidak lama lagi.