'Amah dakwa dirogol Exco Perak kini trauma'

Iklan
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol majikannya yang juga seorang Exco Perak kini trauma dengan episod hitam yang menimpa dirinya pada 7 Julai lalu.

Kementerian Luar Negeri Indonesia melalui wakilnya di Malaysia iaitu Pemangku Pengarah Perlindungan Warga Indonesia di Luar Negeri, Judha Nugraha menemui mangsa yang berusia 23 tahun itu di Ipoh Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Ketika dikunjungi, keadaan mangsa berada dalam keadaan baik walaupun secara fizikalnya dia mengalami trauma,” katanya seperti dilapor Antara News.

Judha juga menegaskan, Kedutaan Indonesia akan memantau perkembangan siasatan terhadap suspek kes rogol berkenaan.

Iklan

Katanya, mangsa juga diminta tinggal di Kedutaan Indonesia sehingga siasatan kes berkenaan selesai.

"Bagi memberikan ketenangan kepada mangsa, kami meminta mangsa tinggal di rumah perlindungan di Kedutaan Indonesia sementara siasatan dijalankan,” katanya.

Iklan

Mangsa sebelum ini membuat laporan polis dirogol suspek di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, seorang Exco Perak ditahan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

Menurutnya, berdasarkan bukti awal siasatan, polis mengklasifikasikan kes tersebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Paul Yong Choo Kiong yang dikaitkan dengan kejadian itu menafikan tuduhan kononnya beliau telah merogol pembantu rumahnya.

Menurutnya, beliau percaya pihak polis akan membuat siasatan secara profesional dan terus memberi kerjasama bagi membersihkan namanya.