Reman dua remaja disyaki bunuh pelajar disambung enam hari

Iklan
Anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak memeriksa penemuan barangan dipercayai milik mangsa yang ditemui di belakang sebuah rumah kosong di Taman Glenview, Kamunting, Taiping.

TAIPING - Tempoh tahanan reman ke atas sepasang kekasih remaja yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, yang berakhir hari ini, dilanjutkan enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, perintah sambung reman terhadap kedua-dua remaja itu dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Pada Isnin lepas, remaja perempuan berumur 14 tahun yang merupakan adik mangsa dan teman lelakinya berusia 15 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Ahad lepas, mayat S Sritharan, 16, ditemui di belakang sebuah rumah kosong dekat rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting, pada jam 12.18 tengah hari. - Bernama

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bunuh abang, bungkus dalam plastik