PH Sarawak positif siasatan ke atas individu berprofil tinggi

Iklan

KUCHING - Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen yakin akan ada perkembangan positif berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan individu berprofil tinggi di Sarawak.

Chieng Jen, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengesahkan bahawa awal tahun ini, beliau membuat aduan bahawa SPRM negeri ini tidak mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam memerangi rasuah di Sarawak terutama yang melibatkan ‘ikan-ikan besar’.

Iklan
Iklan

Meskipun enggan menjelaskan secara terperinci, beliau berkata, aduan itu ada hubungan dengan ‘beberapa’ kes yang dilaporkan kepada SPRM negeri terhadap pemimpin sekarang dan bekas pemimpin negeri berhubung pemindahan tanah dan anugerah kontrak kerajaan kepada ahli keluarga dan syarikat kroni semasa Barisan Nasional masih berkuasa ketika itu.

"Kami menyerahkannya kepada SPRM untuk menjalankan tugasnya... Ia suatu berita baik apabila di bawah kepimpinan baharu Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya yang akhirnya kita lihat beberapa tindakan sedang diambil,” katanya pada persidangan akhbar di sini, hari ini bagi mengumumkan tarikh jamuan kutipan dana PH Sarawak pada 24 Julai.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM sahkan siasat kes individu berprofil tinggi di Sarawak

Chieng Jen mengulas berhubung kenyataan Latheefa di sini semalam yang mengesahkan bahawa terdapat kes membabitkan individu berprofil tinggi di Sarawak tetapi tidak dapat memberi butiran kerana siasatan masih dijalankan. Chieng Jen, seorang peguam secara profesyen berkata, rakyat Sarawak sudah menunggu sekian lama agar dilaksanakan siasatan berkenaan dan dimasukkan juga mereka yang disyaki melakukan rasuah agar didakwa di mahkamah.

Iklan

Baru-baru ini, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor berkata, sebarang laporan atau aduan membabitkan individu berprofil tinggi di negeri ini akan dirujuk kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya memandangkan SPRM Sarawak hanya bertindak sebagai pejabat perhubungan sahaja. - Bernama