Selangor pandang serius penemuan gas amonia

Iklan
Loy Sian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Straw di Main Place, Subang Jaya di sini.

SUBANG JAYA - Kerajaan Selangor memandang serius berhubung penemuan beberapa tong gas ammonia seberat 1,500kg dalam kebakaran kilang di Pulau Indah pada 5 Julai lalu.

Kebakaran yang pada mulanya melibatkan tiga buah kilang itu akhirnya menemukan sebuah kilang menyimpan beberapa tong gas ammonia bersebelahan kilang yang terbakar.

Iklan
Iklan

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata, siasatan lanjut berhubung kes sedang dijalankan melibatkan beberapa jabatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan Jabatan Alam Sekitar.

"Ia bagi mengenal pasti mengapa begitu banyak simpanan gas disimpan di kilang tersebut dan adakah ia dibekalkan kepada kilang-kilang lain," katanya.

Iklan
Loy Sian ketika melawat beberapa gerai pada Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Straw di Main Place, Subang Jaya di sini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Straw di Main Place, Subang Jaya di sini.

Pihaknya sedang merangka untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti dan menyiasat kilang yang mempunyai gas ammonia.

Iklan

"Sekiranya berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk, kita akan minta supaya ia dipindahkan," katanya.

Terdahulu, kebakaran tiga kilang di Pulau Indah pada 5 Julai lalu membongkar kepada penemuan sebuah kilang menyimpan beberapa tong gas ammonia seberat 1,500 kg bersebelahan kilang yang terbakar itu.