Wajah Yuna di tengah kota Times Square, New York

Iklan

BAGI anda yang pernah ke Times Square, New York di Amerika Syarikat atau pernah menonton filem-filem luar negara yang memaparkan suasana di sekitar lokasi itu, pasti dapat menggambarkan betapa besarnya papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di sana.

Kebiasaannya, bukan calang-calang jenama atau wajah yang dipaparkan di sana.

Iklan
Iklan

Dan terbaharu, penyanyi terkenal Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna, berkongsi berita gembira mengenai album terbaharunya, Rogue.

Wajah penyanyi itu dan album terbaharunya, Rogue telah dipancarkan di salah sebuah papan iklan di Times Square.

Iklan

"From KL to the WORLD! IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC! ROUGE OUT NOW!!

"Ambil gambar di sana dan tag saya," tulisnya di Instagram dan turut mengucapkan terima kasih kepada platform penstriman muzik popular dunia, Spotify yang memilih untuk menyiarkan wajahnya.

Iklan

Perkongsian Yuna itu mendapat perhatian ramai termasuk selebriti luar dan dalam negara.

Antara selebriti yang meninggalkan komen melalui muat naik status penyanyi berusia 33 tahun itu adalah penyanyi dari Indonesia, Datuk Rossa, Afghan, Anggun, Wany Hasrita, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Menerusi temu bual bersama media sebelum ini, Yuna memberitahu Rouge bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.

Album yang disifatkan membawa vibe album tahun 80-an dan 90-an ini, menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama besar industri muzik antarabangsa terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler.