MIRI - Hujan lebat memaksa operasi mencari dan menyelamat seorang pemandu pelancong tempatan yang hilang dibawa arus deras ketika hujan lebat di Gua Rusa, Taman Negara Mulu ditangguh pada jam 3.22 petang ini.
Komander Operasi yang juga Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong dalam satu kenyataan berkata, operasi mencari mangsa, Roviezal Robin, 20, merangkumi kawasan darat di pintu masuk dan dalam gua.
Iklan
Iklan
Mangsa dan pelancong Belanda, Peter Hans, 66, dilaporkan hilang pada jam 5.50 petang semalam ketika banjir kilat di taman negara itu.
Law berkata mayat pelancong itu yang ditemui di sungai Gua Rusa pada 6.40 pagi tadi telah diterbangkan ke Hospital Miri menggunakan helikopter jenis Mi17 Unit Udara Bomba Miri pada jam 2.27 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dibawa arus deras kepala air sungai ketika banjir kilat melanda gua berkenaan.- Bernama