Mofaz, IAIB jalin kerjasama

Iklan
MoU antara Mohamed Fauzy (kiri) dan Marat Kabaev (kanan) serta Moehmad Izat Emir di Wisma Mofaz di Damansara semalam.

DAMANSARA - Mofaz Dagang Sdn Bhd terus mengorak langkah menembusi pasaran antarabangsa apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Peniaga Islam Antarabangsa (IAIB), di sini hari ini.

Presiden Kumpulan Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, selepas lebih 40 tahun beroperasi, Mofaz kini menumpukan usaha memperkuatkan rangkaian dan kerjasama dengan IAIB merupakan antara langkah terbaru syarikat itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, IAIB merupakan Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) yang juga perkumpulan negara bekas Soviet berminat untuk menimba kepakaran Malaysia dalam pasaran halal selain meninjau potensi kerjasama yang boleh dijalinkan.

"Dalam kerjasama ini, saya percaya industri halal di Russia masih lagi baru. Dengan pengalaman dan rangkaian yang kami ada, saya percaya kita boleh dedahkan pasaran baru buat penduduk di sana.

Iklan

"Kita juga sedang melihat teknologi baru dari Russia untuk dibawa ke Malaysia. Kita juga bekerjasama dengan beberapa persatuan untuk merealisasikan rancangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani MoU bersama Presiden IAIB, Marat Kabaev yang disaksikan Presiden Persatuan Pedagang Asean, Datuk Moehamad Izat Emir di Wisma Mofaz.

Iklan

Sementara itu, Marat berkata, IAIB datang ke Malaysia untuk mempelajari aspek penting dalam industri halal yang boleh dibawa ke Russia kelak.

"Persatuan kami menjalankan perniagaan berpandukan al-Quran dan Sunnah. Kami belajar daripadanya bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik.

"Kami berminat untuk menimba kepakaran Malaysia dan berharap dapat melakukan pelbagai usaha murni secara bersama bagi meningkatkan ekonomi sesama umat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Moehamad Izat berkata, ACC merancang untuk ke Moscow, Russia untuk membentangkan maklumat berkaitan industri halal pada Oktober nanti.

"Di Moscow ada 35 juta populasi orang Islam, itu tidak dicampur dengan umat Islam dalam negara yang dulunya merupakan negara dalam Kesatuan Soviet.

"Kita tak boleh hentikan aspirasi IAIB untuk masuk ke Malaysia dan saya percaya kita boleh bekerjasama dengan baik,” ujarnya.