Jakoa pandang serius kes orang asli kahwin warga asing

Iklan
Profesor Dr Juli Edo

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan memperkasakan institusi Batin dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) untuk memantau dan melaporkan perkahwinan masyarakat orang asli dengan warga asing.

Ketua Pengarahnya, Profesor Dr Juli Edo berkata, selain itu, program pendidikan dan kempen kesedaran akan dianjurkan kepada gadis dan wanita masyarakat orang asli untuk memberi pengetahuan akan kesan negatif sekiranya berlaku perkahwinan seperti itu.

Iklan
Iklan

"Jakoa memandang serius perkahwinan sebegini yang dilakukan tanpa makluman kepada pihak Jakoa. Perkara ini akan memberi kesan berpanjangan apabila anak pasangan itu mempunyai masalah pendaftaran untuk masuk ke alam persekolahan dan menerima bantuan daripada Jakoa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan sebuah akhbar mengenai warga asing menjadikan gadis orang asli sebagai isteri semata-mata untuk dijadikan penama dalam usaha memohon lesen niaga atau bantuan kerajaan yang dikhususkan kepada kaum berkenaan.

Iklan

Akhbar itu melaporkan pembukaan kawasan pertanian komersial khususnya sayur-sayuran yang hampir dengan penempatan orang asli di negara ini, menjadikan gadis kaum minoriti itu sasaran manipulasi warga asing.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata isu itu memerlukan siasatan lanjut dan tidak mahu mana-mana wanita dieksploitasikan.- Bernama

Iklan