Straw plastik: Pemilik kedai 'bubble tea' diberi tempoh

Iklan
Loy Sian melawat salah satu gerai pameran ketika Majlis Pelancaran Program Kempen Bebas Plastik dan Pengguna Bijak ‘Program Lepak In Green’ di Kompleks Membeli Belah Main Place USJ 21, di sini.

SUBANG JAYA - Pemilik kedai yang menawarkan minuman 'bubble tea' diberi tempoh bagi menggantikan penggunaan straw plastik di kedai minuman yang diusahakan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata, pemilik kedai perlu berusaha mencari bahan gantian seperti straw kertas atau sebarang alternatif lain bagi menggantikan straw plastik.

Iklan
Iklan

"Pemilik kedai 'bubble tea' perlu memikirkan cara untuk membantu kerajaan negeri dan Pusat menangani lambakan sampah plastik.

"Masa sama, mereka tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata-mata kerana kita tahu penghasilan sampah plastik dari minuman ‘bubble tea’ sangat mengejutkan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Kempen Bebas Plastik dan Pengguna Bijak ‘Program Lepak In Green’ di Kompleks Membeli Belah Main Place USJ 21, di sini.

Tular di media sosial Facebook baru-baru ini memaparkan tong sampah yang dipenuhi plastik minuman dan lebih mengejutkan apabila ia adalah daripada kedai minuman yang popular dengan ‘bubble tea’.

Iklan