Piala FA: Tiket penyokong Perak dijual mulai 23 Julai

Iklan

TIKET perlawanan akhir Piala FA 2019 untuk para penyokong Perak akan mula dijual pada 23 Julai, demikian menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Kenyataan itu, yang dimuatnaik dalam laman Facebook Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kaunter tiket akan dibuka di 10 kawasan iaitu Stadium Perak di sini; Gerik, Kuala Kangsar, Parit Buntar dan Manjung.

Iklan
Iklan

Kawasan lain adalah Tapah; Bagan Datuk; Kampung Gajah; Tanjung Malim serta Teluk Intan dan semua kaunter dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5.00 petang atau sehingga tiket diperuntukkan di kawasan itu habis dijual.

"Maklumat lanjut termasuk lokasi tempat penjualan tiket selain di Stadium Ipoh akan dimaklumkan kemudian.

Iklan

"Sekiranya tidak habis, hanya satu kaunter tiket akan dibuka keesokan harinya (24 Julai) iaitu di Stadium Perak," demikian menurut kenyataan itu, di sini hari ini.

Harga tiket dewasa ialah RM50 manakala kanak-kanak RM5 dan setiap individu hanya boleh membeli dua tiket sahaja.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kaunter khas akan turut dibuka di Stadium Perak untuk pemegang pas semusim 2019 serta pemegang keratan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2019 antara Perak dan Pahang pada 29 Jun lepas dengan seorang hanya layak untuk satu tiket.

Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019 buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dan akan menentang Kedah di pentas final 27 Julai ini.- Bernama