Selesai isu projek kuari secara baik

Iklan
Mansor (tengah) bersama jawatankuasa KPAB selepas sesi pertemuan pertama di Asyuk Maju hari ini.

BALING - Isu pengambilan 29 lot tanah melibatkan lebih 100 penduduk Kampung Sungai Limau bagi pembinaan jalan projek kuari perlu diselesaikan cara baik bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Pengerusi Kumpulan Pencinta Alam Baling (KPAB), Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya mengambil jalan meneruskan pengambilan tanah tersebut selagi isu berkenaan tidak diselesaikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu berkenaan masih lagi 'panas' dan sedang diperjuangkan baik di pihak penduduk mahupun kerajaan.

"Tidak sepatutnya di pihak kerajaan membenarkan pengambilan tanah berlaku.

Iklan

"Jika itu berlaku, kita bimbang isu ini akan jadi lebih besar dan mendatangkan kesan lebih buruk kepada banyak pihak pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri perjumpaan Kumpulan Alam Sekitar Baling di Asyuk Maju Lubuk Pedati hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kuala Ketil berkata, rakyat berkemungkinan besar mengambil tindakan sendiri sama ada menghukum kerajaan melalui pilihan raya, turun demontrasi di jalan raya atau sebagainya sekiranya isu berkenaan gagal ditangani.

Iklan

"Kemungkinan juga akan berlaku lebih daripada itu jika hak mereka diambil tanpa kebenaran dan pertimbangan sewajarnya.

"Orang kampung nak pertahan haknya, generasi sekarang hanya ada lima, enam relung tanah. Jika diambil sepenuhnya apa yang mereka boleh wariskan kepada anak cucu mereka?," katanya.

Menurutnya, perbincangan sewajarnya dilakukan secara kolektif membabitkan semua agensi terlibat, penduduk kampung, persatuan dan wakil rakyat supaya dapat membuahkan keputusan yang baik.

Mengulas isu tanah penduduk akan dipanggil ke Pejabat Daerah dan Tanah Baling Isnin ini bagi pembayaran tanah bakal diambil, Mansor berkata, beliau akan berjumpa agensi tersebut bagi mendapatkan penjelasan penuh pada hari esok.