Identiti mangsa nahas rentung belum dikenal pasti

Iklan

KOTA KINABALU - Seorang mangsa ditemui rentung dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM35 Jalan Kimanis-Keningau, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang melalui MERS999 berhubung kebakaran itu sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira terbakar sepenuhnya, selepas terbabas sendiri dan masuk ke dalam gaung sedalam kira-kira 1.52 meter," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang rentung masih belum diketahui, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

Iklan
Iklan