Segelintir pemandu bas ekspres yang ditahan menunjukkan riak wajah geram dan 'sakit hati' apabila mengetahui penguat kuasa JPJ menyamar sebagai penumpang.
Mana tidak berang, selepas memandu jauh, tiba-tiba dihulur saman yang tertulis pelbagai kesalahan lalu lintas.
Ia disaksikan sendiri Wartawan Sinar Siasat yang mengikuti operasi penyamaran bas ekspres melibatkan destinasi utara dan selatan.
Seorang pemandu bas ekspres, Ibrahim Darman (bukan nama sebenar), 52, yang memandu dari Georgetown ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, berang ketika dua penguat kuasa JPJ Selangor menyerahkan lima saman atas pelbagai kesalahan, antaranya memandu di lorong kanan secara berterusan, memotong di tempat tidak dibenarkan, memandu lebih 300 kilometer secara berterusan tanpa pemandu kedua termasuk merokok semasa memandu.
"Kereta biasa tak nak pula saman. Pemandu kereta main telefon bimbit tak nak saman. Pemandu bas sahaja nampak bersalah," katanya penuh emosi.
Sepanjang pemanduan juga lelaki berkenaan mempamer sikap panas baran apabila memaki hamun pemandu-pemandu kenderaan lain yang berada di atas jalan raya.
Ketika dinasihati penguat kuasa JPJ, Ibrahim tanpa rasa bersalah berkata, dia memang tidak boleh mengawal emosi ketika memegang stereng.

Pemandu bas ini sempat memberi isyarat 'peace' selepas kena saman.