Encik, kami minta maaf pasal bomba Adib

Iklan
Gambar yang dikongsi di Facebook Rakan Bomba Malaysia.

SHAH ALAM - Kisah pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim Isnin lalu selepas bertarung 21 hari di hospital meruntun hati rakyat seluruh negara.

Tidak terkecuali seorang mangsa kebakaran di Kampung Pendamar Fasa II pagi semalam yang menangis teresak-esak memohon maaf.

Iklan
Iklan

Melihat kesungguhan anggota Bomba dan Penyelamat yang meredah api demi menyelamatkan saudaranya yang masih terperangkap di dalam rumah mereka, wanita itu tidak dapat menahan air matanya.

Berikut perkongsian penuh di Facebook Rakan Bomba Malaysia mengenai kejadian tersebut:

Iklan

"Encik, kami minta maaf pasal bomba Adib, kami minta maaf," rayu seorang makcik India sambil menangis teresak-esak.

Beliau begitu tersentuh melihat kesungguhan dan keikhlasan pasukan bomba yang bekerja keras memadam kebakaran yang hampir meranapkan rumahnya.

Iklan

Lebih meruntun hati wanita itu apabila menyaksikan sendiri anggota bomba sanggup membahayakan nyawa masuk ke dalam rumah yang sedang marak dijilat api semata-mata untuk menyelamatkan saudara perempuannya, seorang warga emas kurang upaya.

Semakin lama, tangisan beliau makin kuat dan mengharukan. Jiran-jiran yang berkerumun di situ turut merasa tempias emosi kesedihannya. Riak wajahnya jelas menggambarkan kekesalan atas apa yang telah berlaku.

"Tak apa kak, jangan sedih. Kakak tak bersalah dalam hal ni," pujuk seorang anggota bomba bertugas bagi menenangkan keadaan.

Nyatalah keikhlasan dan ketulusan budi bisa mematahkan dan menghancur luluhkan sebuah keegoan dan kebencian. Kasih sayang mula berputik dan mahabbah pun berbunga.

Teruskan berbakti sahabatku, biar jasa jadi kenangan.