RM3 juta diperlukan naik taraf jalan ke Pusat Konservasi Gajah

Iklan
Mohd Anuar (enam dari kanan) bersama sebahagian masyarakat Orang Asli Che Wong yang menerima sumbangan pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli Che Wong di Kampung Enggang Kuala Gandah di Temerloh Pahang hari ini.

TEMERLOH - Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan permohonon sebanyak RM3 juta untuk menaik taraf jalan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Lanchang di sini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan itu kepada Kementerian Kewangan bagi menaik taraf jalan sejauh kira-kira 14km itu dalam memberikan keselesaan kepada pengguna dan pengunjung ke pusat terbabit.

Iklan
Iklan

"Satu rundingan dan perbincangan turut akan diadakan dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selain memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

"Jalan ini adalah penting kerana ia adalah jalan antarabangsa yang turut digunakan pelancong dari luar negara yang datang ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dan tempat pelancongan lain di sini," katanya.

Iklan

Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli Che Wong di Kampung Enggang Kuala Gandah di sini hari ini.

Hadir sama, ADUN Mentakab, Woo Chee Wan; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Ong Gua Pak dan Batin Kampung Enggang, Geng Nai.

Iklan