Dua beradik dituduh guna wang palsu RM100

Iklan
Kedua-dua beradik ini dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU - Dua beradik dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan wang palsu RM100 pada Jun lalu.

Tertuduh,atas pertuduhan Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang pal Fatimah Awang @ Ismail, 41, bersama adiknya, Hanif Awang @ Ismail, 26, bagaimanapun mengaku tidak salah su dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dua beradik itu didakwa bersama-sama menggunakan sekeping wang kertas RM100 dengan mengetahui bahawa wang kertas itu adalah palsu di tapak pasar malam Kemasik, Kemaman, jam 3.30 petang pada 9 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Iklan

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah membenarkan Hanif diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala kakaknya pula diarahkan menjalani ujian psikiatri di Hospital Permai Johor Bahru, Johor bagi melihat tertuduh waras untuk dibicarakan.

Iklan

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua beradik yang dipercayai terbabit dengan kes penggunaan wang palsu RM100.

Dua beradik itu masing-masing ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Daerah Kemaman di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Jun lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepasang baju kebaya yang dipakai suspek wanita ketika berurusan di beberapa premis di Kemaman selain sebuah mesin pencetak wang serta bahan-bahan pembuatan wang palsu.