‘Semoga adik-adikku tenang di sana’

Iklan

SHAH ALAM -"Moga diorang (mereka) tenang dekat sana amin,” demikian tulis Nur Iman Muqriz Muhd Fakrul Khair, 17, yang merupakan abang sulung kepada Nur Salsabila, 16, dan Nur Ain Sumayyah, 13, yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Utama, Kampung Endah, Banting hari ini.

Dalam status InstaStory yang dimuat naik beberapa jam lalu, dia yang menggunakan akaun imanmuqriz_ turut memohon mereka yang mengenali adik-adiknya agar mendoakan mereka.

Iklan
Iklan

Status berkenaan turut disertakan dengan gambar dia bersama dua orang adik perempuannya itu.

Sementara itu, Nur Iman Muqriz yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Batu Laut, Tanjong Sepat ketika dihubungi Sinar Harian hari ini berkata, hubungannya dengan adik-adiknya sangat rapat.

Iklan

"Adik-adik saya langsung tidak menunjukkan perlakuan atau tanda-tanda pelik mereka akan tinggalkan kami,” katanya sebak.

Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa ditemukan telah meninggal dunia sewaktu operasi menyelamat dilakukan.

Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bilik gerakan menerima panggilan kebakaran jam 2.48 pagi.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba ke lokasi jam 3.03 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan 1,200 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik maut dalam kebakaran di Banting

Mayat dua beradik dalam satu bilik