Wanita maut, tiga anak cedera kenderaan jatuh gaung

Iklan
Kenderaan mangsa remuk selepas terjunam ke dalam gaung.

TANGKAK - Seorang wanita maut manakala bayinya berusia lima bulan cedera selepas kenderaan dipandu mangsa terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam kira-kira 20 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, ketika kejadian jam 7.50 pagi tadi, mangsa, Teo Sick Inn, 34, bersama tiga lagi anaknya berumur 15, 6 dan lima bulan ketika itu dalam perjalanan dari Skudai menuju ke Bukit Beruang, Melaka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, setiba di Kilometer 154.7 arah Utara, Lebuhraya PLUS, kenderaan dipandu mangsa jenis Perodua Alza terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 155.

Kereta jenis Perodua Alza terbabas dan jatuh di jambatan di Kilometer 155, Lebuhraya PLUS arah Utara.

"Siasatan awal mendapati, mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.

Iklan

"Kenderaan mangsa kemudian terjatuh dari jambatan dan masuk ke gaung sedalam kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kenderaan mangsa remuk selepas terjunam ke dalam gaung.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah manakala tiga anak mangsa termasuk bayi berkenaan cedera ringan.

Iklan

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.