Warga emas mahu cipta rekod derma darah ke-100

Iklan
Mohd Nasir (dua, kanan) menderma darah dalam program di SJKC Yuk Cheng Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH - Seorang warga emas di Batu 11, di sini yang sudah menderma darah sebanyak 99 kali berhasrat mencatat rekod ke-100 dalam tempoh terdekat.

Mohd Nasir Mustapha, 60, yang merupakan pesara tentera berharap dapat merealisasikan niat tersebut apatah lagi dalam keadaan kesihatannya baik ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti tersebut juga seolah-olah menjadi rutinnya dan memberitahu sanggup turun ke daerah lain termasuk Kota Bharu semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menderma darah.

"Sebenarnya dengan menderma darah juga badan kita akan semakin sihat dan menghindarkan juga kita daripada mendapat penyakit kronik," katanya.

Iklan

Mohd Nasir berkata demikian selepas ditemui dalam program derma darah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Cheng, di sini semalam.

Berkongsi pengalamannya, Mohd Nasir berkata, tindakan itu dipengaruhi oleh semangat dalaman untuk membantu pihak yang memerlukan bekalan darah serta berharap ia dapat memberi manfaat dan mengurangkan risiko serta mudarat kepada pesakit yang memerlukan.

Iklan

"Mungkin ada yang takut untuk menderma darah apabila melihat jarum, namun sebenarnya usaha kita membantu dengan menderma darah juga merupakan sumbangan," katanya.