Huawei rancang berhentikan pekerjanya di AS

Iklan
Huawei rancang memberhentikan pekerjanya di Futurewei Technologies, AS. - Gambar Hiasan

WASHINGTON - Gergasi telekomunikasi China, Huawei yang dikenakan sekatan Amerika Syarikat (AS) susulan kebimbangan hubungannya dengan kerajaan Beijing merancang memberhentikan pekerja di cawangan AS, lapor Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Memetik sumber yang rapat dengan situasi terbabit, WSJ melaporkan, pemberhentian pekerja dijangka dilakukan di unit penyelidikan dan perkembangan Huawei di AS, Futurewei Technologies.

Iklan
Iklan

Menurut laporan WSJ, unit terbabit mempunyai 850 pekerja di beberapa makmal di AS namun ratusan daripada mereka berkemungkinan akan kehilangan pekerjaan.

Sementara itu, beberapa pekerja Huawei dari China diberi pilihan untuk mengekalkan jawatan mereka dan pulang ke negara asal.

Iklan

Terdahulu, pentadbiran Presiden Donald Trump yang menuduh syarikat terbabit bekerjasama secara langsung dengan kerajaan China meletakkan Huawei dalam senarai entiti, ia bermaksud syarikat AS memerlukan lesen untuk membekalkan teknologi AS kepada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, susulan pertemuan Trump dan Presiden Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 di Osaka bulan lalu menyaksikan Presiden AS itu akan melonggarkan sekatan sekiranya peralatan yang dijual kepada Huawei tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan negara.

Iklan

Di sebalik usaha AS mempengaruhi sekutunya agar tidak membenarkan syarikat telekomunikasi China itu memajukan rangkaian 5G di negara masing-masing, Monaco menjadi negara Eropah pertama melancarkan rangkaian 5G berdasarkan teknologi Huawei pada minggu lalu. - AFP