Tragedi mandi kolam Bukit Katak

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi dan menyelamat di Kolam Bukit Katak malam tadi. (Gambar kecil: Mangsa (kanan) bersama rakan-rakannya)

TASEK GELUGOR - Seorang remaja ditemukan lemas selepas bermandi manda dengan rakan-rakannya di Kolam Bukit Katak di sini petang semalam.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Timbalan Penguasa Bomba Yamin Tekor berkata, mayat mangsa, Mohamad Danial Hakim Yusof, 16 ditemukan telah meninggal dunia pada jam 10.45 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3.30 petang dan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam.

"Dalam kejadian petang semalam, mangsa dikatakan ke kolam berkenaan bersama rakan-rakannya untuk mandi. Bagaimanapun, mangsa dikatakan telah lemas dan gagal diselamatkan rakan-rakannya.

Iklan

"Operasi mencari telah dijalankan di kolam yang dianggarkan berkeluasan 20 x 20 kaki persegi dengan keadaan curam. Operasi mengalami kesukaran kerana kolam itu dianggarkan berkedalaman 20 kaki," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, BBP Bandar Perda dan BBP Kepala Batas.

Iklan

"Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8 malam tadi dan mangsa hanya ditemukan kira-kira dua jam kemudian. Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan kolam dengan menggunakan 'grapling iron'.

"Kira-kira jam 10.12 malam, mayat mangsa dijumpai di kawasan mangsa dipercayai lemas. Mangsa dinaikkan ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi pencarian dan menyelamat tamat pada jam 10.47 malam.

Kolam Bukit Katak sebelum ini adalah sebuah bekas tapak kuari yang terbiar namun pemandangan cantiknya tular di media sosial beberapa tahun lalu.