Isu ajaran sesat: Jakim arah JAIP siasat

Iklan
Fuziah (tiga, kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian projek pembinaan jambatan dan membaikpuluh pam air di SK Bunut Rendang, Inderapura hari ini.

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjalankan siasatan berhubung penyebaran ajaran sesat di Jerantut berdasarkan penularan satu klip video semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, penyebaran klip video itu memperlihatkan ajaran tidak betul dan boleh menggugat akidah masyarakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, justeru pihaknya termasuk JAIP sedang memantau dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

"Saya sudah dimaklumkan perkara tersebut dan telah mendapat perhatian daripada JAIP. Saya difahamkan siasatan juga sudah dibuat dengan memanggil individu terlibat.

Iklan

"Selebihnya kita akan mendapatkan tindakan susulan dengan JAIP kerana perkara itu berkaitan hal ehwal agama dan ia tertakluk di bawah agama Islam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan projek pembinaan jambatan dan membaikpuluh pam air-Projek Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang, Inderapura, di sini hari ini.

Iklan

Semalam, sebuah video berdurasi seminit dan 12 saat serta dua lagi berdurasi 22 saat dilaporkan tular di media sosial membabitkan sekumpulan jemaah yang didakwa mengamalkan zikir pelik.

Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah surau di Ulu Tembeling, Jerantut pada 11 Julai lalu.

Klip tersebut menyaksikan beberapa jemaah lelaki dan wanita seakan-akan sedang berzikir sambil berdiri serta mengangguk di dalam surau kampung itu.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, JAIP sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya dalam isu ini dengan mengambil tindakan segera.

Jelasnya, beliau juga akan membuat tindakan susulan selepas menerima laporan terbabit

"Saya amat berpuas hati apabila JAIP segera menyiasat kes itu dan memanggil beberapa individu terbabit walaupun kejadian yang berlaku pada hujung minggu,”katanya.

Menyentuh mengenai projek pembinaan pembinaan jambatan dan membaikpulih pam air SK Bunut Rendang, Fuziah berkata, projek terbabit menggunakan peruntukan daripada Projek Mesra Rakyat yang bernilai RM40,000.

"Pembinaan jambatan itu bernilai RM20,000 dan ini akan memudahkan murid sekolah dari taman untuk ke sekolah tanpa menggunakan jalan jauh.

"‘Manakala RM20,000 lagi peruntukan akan digunakan bagi membaiki pam air di sekolah yang didakwa sudah setahun menghadapi masalah itu,” katanya.