Penuntut universiti terlibat kemalangan

Iklan
Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Ihsan JBPM Johor

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang penuntut universiti tersepit di bahagian pemandu selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kilang Bateri, Tampoi di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Azam Daniel Md Buang, 20, yang juga Pelajar Diploma Ukur Bahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Iklan
Iklan

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.10 pagi.

Menurutnya, sembilan anggota berserta sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Ihsan JBPM Johor

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang terbabas.

"Kenderaan terbabit dari Jalan Tampoi menghala ke Plaza Angsana. Pihak bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu," katanya di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Nazran berkata, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

"Tahap kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan. Operasi tamat jam 9.57 pagi," katanya.