PONTIAN - Seramai 80 anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Seri Alam, Kota Tinggi dan Kulai akan bertugas mengawal lalu lintas sempena Kembara Mahkota Johor 2019 dan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 pada 20 Julai ini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, beberapa laluan akan ditutup sementara dan dilencongkan bermula jam 9 pagi.