KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan arahan merampas dana lebih daripada RM1 bilion dimiliki sebuah syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Co Ltd (CPP).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan itu kerana perkara tersebut bukan datang daripada kementeriannya.
Iklan
Iklan
"Saya ingin katakan Kementerian Kewangan dan saya sendiri selaku menteri, tidak pernah kemukakan arahan berkenaan dan jika perkara itu berlaku hal itu perlu dirujuk kepada agensi penguat kuasa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Pada 13 Julai lalu, media Singapura melaporkan Malaysia merampas dana lebih RM1 bilion yang dipegang oleh CPP dalam akaun HSBC Holdings Plc.
Laporan juga mendakwa kerajaan mengarahkan HSBC awal bulan ini untuk memindahkan dana dari akaun syarikat milik Kerajaan China itu kepada satu akaun yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.