SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa tiada sebarang konflik dalaman antara beliau dengan seteru utamanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut beliau, perbezaan pendapat sememangnya wujud dalam mana-mana parti atau pemilihan namun bagaimana perkara itu perlu ditangani dengan sebaiknya.
"Dalam mana-mana parti atau pemilihan pasti wujud perbezaan pandangan.
"Pandangan saya mungkin berbeza dengan Mohamed Azmin dan orang yang ahli yang menyokong kami pun mungkin berbeza pandangan.
"Apa yang penting kita pastikan perbezaan diurus dengan baik dan beradab. saya rasa adegan berpelukan antara kami akan meredakan kehangaran pemilihan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penangguhan Kongres Nasional PKR 2018 hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata demokrasi dan perbezaan pandangan dalam PKR tidak sama seperti apa yang berlaku terhadap Umno dan Pas.
"Kalau dalam Umno orang berbeza pandangan akan dibuang. Begitu juga dengan Pas.
"Memang budaya dalam PKR sejak dahulu membenarkan perbezaan dan persaingan. Ini buktikan PKR lebih dinamik,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya tidak merasakan konflik sebenar yang wijud dalam PKR berada di tahap yang teruk seperti yang digambarkan oleh media dan pihak luar.
"Mungkin rakyat kurang biasa dengan apa yang berlaku dalam PKR tapi inilah demokrasi sebenar seperti diamalkan negara luar,” katanya.