Tidak lebih hanya kawan: Hawa Rizwana

Iklan
Sufian Suhaimi (kiri), Hawa (kanan).

PEMBACA berita TV3 dan pelakon, Hawa Rizwana, 24, menegaskan hubungannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi, 27, tidak lebih hanya sebagai kawan biasa.

Iklan
Iklan

Menurut Hawa Rizwana Redzuan juga merupakan anak kepada Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, perkenalan mereka sudah lama sejak dari zaman pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

"Saya tegaskan di sini, Sufian dan saya tak ada apa-apa dan kami selesa hanya sebagai kawan.

Iklan

"Kami kenal sewaktu dia menjadi pelajar di bawah bimbingan ayah untuk pengajian penyelidikan tesisnya.

"Malah sampai sekarang kami masih lagi berkawan dan pernah berlakon bersama-sama untuk drama Aku Tak Raya," ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Meskipun digosip dan sekiranya masih terus dikaitkan dengan bekas tunang pelakon Elfira Loy, Hawa bagaimanapun tidak terkesan dengan cakap-cakap orang.

"Setakat ini saya tiada masalah dan alhamdulillah dapat bekerja seperti biasa. Asalkan saya tahu cerita sebenar," jelasnya ringkas.

Sebelum ini, nama Hawa menjadi topik nombor satu di media sosial dikatakan mempunyai hubungan cinta namun ia hanyalah sekadar gosip sahaja.