Azira Shafinaz akui sudah berpunya

Iklan
Azira Shafinaz

PELAKON dan penyanyi, Azira Shafinaz yang juga anggota kumpulan DeFam mengakui kini sibuk merencana kerjaya seninya yang sedang meningkat naik.

Terharu dengan penerimaan peminat terhadap dirinya, baik dalam bidang lakonan mahupun nyanyian, Azira kini mahu lebih fokus.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, DeFam memberikan kebebasan sepenuhnya kepada setiap anggotanya untuk mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang mereka minati, selain mengutamakan komitmen kepada kumpuan itu.

"Alhamdulillah ramai yang semakin terima kehadiran saya dalam bidang lakonan. Malah tawaran demi tawaran yang diperolehi sekali gus membuka ruang yang lebih besar kepada saya untuk mengembangkan bakat lakonan.

Iklan

"Walaupun aktif berlakon, saya masih lagi bersama DeFam dan tetap mengutamakan komitmen pada kumpulan saya dalam apa sahaja pertimbangan dari segi jadual kerja dan sebagainya.

"Begitu juga dengan dua lagi rakan saya dalam DeFam iaitu Cik Manggis dan Sophia yang juga terlibat dengan aktiviti solo masing-masing, selain bersama DeFam,” ujarnya.

Iklan

Melihat kepada perkembangan itu juga, Azira mengakui belum memikirkan soal kahwin buat masa ini kerana mahu mengambil peluang ada dengan sebaiknya untuk mengembangkan kerjaya seninya.

"Memang ada yang selalu tanya saya bila nak kahwin dan menamatkan zaman bujang, tapi susah saya nak jawab soalan itu.

"Dulu saya pernah target nak kahwin ketika umur 25 tahun, tapi sekarang da masuk 28, jodohnya belum sampai. Jadi tak perlulah nak merancang lagi, bila sampai masanya, adalah tu nanti.

"Buat masa ini adalah lebih baik saya tumpukan perhatian kepada kerjaya seni dan kejar impian dulu. Peluang ada di depan mata, sayang kalau tidak digunakan dengan sebaiknya,” ujar Azira lagi.

Bagaimanapun Azira yang kini sedang mencipta nama dalam bidang lakonan ini tidak menafikan mempunyai teman istimewa.

"Saya tidak nafikan ada berkawan rapat dengan seseorang, tetapi kalau boleh biarlah kisah peribadi tidak dicampur-adukkan dengan kerjaya seni.

"Malah saya juga jarang berkongsi tentang dirinya di laman sosial kerana tidak mahu ia menjadi tumpuan. Mana yang tahu, tahulah,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Azira turut berkongsi keterujaan bakal tampil dengan single terbaharu bersama DeFam tidak lama lagi.

"Inilah antara kelainan single baharu kami nanti, sebuah lagu yang akan tampil dengan bahasa Melayu sepenuhnya, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan identiti kami yang sinonim dengan muzik rancak dan moden.

"Alhamdulillah proses rakamannya berjalan lancar setelah kita melalui masa yang agak lama untuk memilih lagu terbaik dan sesuai untuk dijadikan single baharu. Bukan mudah sebenarnya, lepas tukar, tukar lagi dan lagi sehinggalah kami mendapat lagu ini.

"Kami berharap agar single ini dapat diterima para peminat kami sebagaimana mereka memberi sambutan hebat pada single terdahulu, terutamanya lagu Supergirls yang sehingga kini masih digemari ramai,” ujarnya yang masih merahsiakan judul single ini untuk dijadikan kejutan buat peminat nanti.