RAMAI pemandu bas ekspres masih cuai dan tidak menganggap nyawa serta keselamatan penumpang adalah berharga.
Dalam operasi penyamaran yang disertai 12 penguat kuasa JPJ Selangor, ramai pemandu bas ekspres dikenal pasti melakukan kesalahan.
Dalam operasi selama dua hari bermula itu sebanyak 34 kesalahan direkodkan, antara tertinggi adalah menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kanan berterusan, merokok sambil memandu, melanggar isyarat kawasan larangan memotong, memotong kenderaan lain di sebelah kiri dan tiada pemandu kedua.
Tidakkah mereka tahu, kecuaian mereka boleh menyebabkan nyawa penumpang terbunuh walaupun dalam satu saat!
Ada juga pemandu bas ekspres yang memandu secara berterusan melebihi 300 kilometer tanpa pemandu kedua. Pastinya ia boleh menyebabkan keletihan akibat tidak cukup rehat tetapi pada masa sama menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.