SIBS 2019 dijangka jana RM250 juta urus niaga

Iklan
Amirudin ketika berucap di SIBS 2019 hari ini.

PETALING JAYA - Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dijangka mampu memperoleh urus niaga rundingan perniagaan sehingga RM250 juta sempena sidang yang akan berlangsung selama empat hari bermula 10 Oktober depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin jumlah tersebut berjaya dicapai lebih-lebih lagi penyertaan di tapak pameran juga meningkat apabila sebanyak 850 tapak pameran bakal memenuhi SIBS 2019 berbanding hanya 548 tapak pameran tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Ia jumlah yang signifikan dan menjadikan sidang kemuncak ini terbesar di peringkat negeri, sasaran lebih tinggi berbanding RM194.6 juta yang dicapai tahun lalu disokong penyertaan lebih banyak pempamer selain jangkaan kehadiran 30,000 pengunjung.

"Kali ini, kita yakin sejumlah RM250 juta berjaya dicapai berdasarkan SIBS sebagai ekspo perdagangan terbesar," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di perasmian SIBS di sini.

Dalam pada itu katanya, unjuran konservatif iaitu RM10 bilion dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa termasuk perang dagang China dan Amerika Syarikat (AS) dan harga komoditi seperti minyak sawit yang rendah, selain turut mengambil kira persekitaran politik di negara ini.

Iklan

"Kita akan cuba memanfaatkan perang dagang China-AS yang setakat ini dilihat belum ada kesudahannya,” katanya.

SIBS anjuran Invest Selangor dijangka berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga 13 Oktober depan.