SYDNEY - Empat remaja dan kanak-kanak melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan memandu sejauh 1,000 kilometer (km) di kawasan pedalaman Australia menurut polis semalam.
Tiga remaja lelaki berusia 14 dan 13 tahun serta budak perempuan berumur 10 tahun memulakan perjalanan epik itu menaiki kenderaan 4x4 milik salah seorang ahli keluarga di bandar Rockhampton di Queensland pada Sabtu lalu.
Salah seorang daripada remaja terbabit turut meninggalkan nota untuk memaklumkan kepada keluarganya tentang rancangan tersebut.
Polis di Queensland memberitahu kenderaan tersebut dikesan di bandar Banana di mana kumpulan remaja tersebut mencuri petrol sebelum meneruskan perjalanan ke selatan.
Ia kemudiannya dijumpai berhampiran Grafton di negeri jiran New South Wales selepas kira-kira 11 jam perjalanan dari Rockhampton.
Polis New South Wales mendakwa kesemua mereka berjaya ditahan walaupun pada awalnya enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
"Masih tidak jelas siapa yang memandu sejauh itu. Tidak mungkin hanya seorang individu yang memandu sejauh 1,000 km selama dua hari,” kata jurucakapnya, Darren Williams. - AFP