KEPALA BATAS - Seorang lelaki meninggal dunia apabila motosikal ditunggang bersama isterinya terlibat dalam kemalangan semalam.
Wan Afiq Ashraf Wan Azhar, 26, dari Padang Temusu, Kedah maut di tempat kejadian kerana parah di kepala manakala isterinya, Mastura Jamil, 25, cedera dan kini dirawat di Hospital Kepala Batas.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 7.50 pagi ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha LC 135 bersama isterinya.
Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai operator kilang datang dari arah Tasek Gelugor menuju ke Padang Serai.
"Ketika sampai di simpang tiga Kampung Selamat, dipercayai motosikal mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan yang tidak diketahui. Kita masih menyiasat kenderaan yang terlibat dengan kemalangan ini, sama ada kes ini langgar lari atau sebaliknya.
"Polis meminta kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil atau hubungi balai balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Artikel Berkaitan