Jangan nilai kerajaan PH melalui perbezaan pendapat

Iklan
Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman

KOTA BHARU – Kerajaan PH seharusnya diberi peluang dan ruang yang cukup sebelum sebarang penilaian dibuat dan dihakimi rakyat sendiri.

Exo Pemuda Angkatan Muda Keadilan Pusat, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman berkata, amat tidak bertanggungjawab apabila PH hanya dinilai dengan beberapa isu ketidaksefahaman dan polemik beberapa isu yang berlaku melibatkan komponennya sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Mungkin ada di antara kami berbeza pendapat. Ia diperlukan dan diraikan dalam hubungan keluarga seperti PH."Namun tindakan sesetengah pihak yang membayangkan kegagalan PH disebabkan perkara-perkara seperti ini adalah tidak wajar berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah yang membayangkan Kerajaan PH yang ditadbir Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil akan runtuh dalam tempoh lima tahun.

Iklan
Iklan