Maritim tahan dua bot lebih muatan

Iklan
Bot penumpang membawa lebih muatan ditahan pada jarak lebih kurang 6.4 batu nautika barat Jeram, semalam. - Foto IHSAN MARITIM

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan dua bot membawa penumpang lebih muatan, semalam.

Menurut Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim, Mohammad Rosli Kassim, bot penumpang berkenaan ditahan ketika dalam perjalanan dari Laut Pantai Cermin menuju ke Sungai Buloh, Jeram.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua bot ditahan ketika anggota Maritim sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Selangor, kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam pada jarak lebih kurang 6.4 batu nautika barat Jeram.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit telah melanggar syarat sah lesen iaitu membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.

Iklan

‘Kedua-dua buah bot tersebut ditahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kata beliau, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bot pelancong berdaftar dan mematuhi syarat lesen ditetapkan.

Iklan

"Ini bagi memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa dititikberatkan pengusaha dan pengendali bot,” katanya.