'Jangan usik dua bekas hitam ini'

Iklan
KKM meminta orang ramai tidak mengganggu atau mengalih dua bekas hitam yang digunakan sebagai projek kawalan denggi menggunakan nyamuk aedes berWolbachia di kawasan perumahan.

SHAH ALAM - ‘Jangan usik jika terjumpa dua bekas hitam ini’. Itu pesanan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai yang mungkin ada terjumpa dua bekas berwarna hitam bersaiz kecil dan besar berdekatan kawasan perumahan mereka.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini, KKM turut meminta ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak menyentuh kedua-dua bekas tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia berikutan bekas itu digunakan sebagai projek kawalan denggi menggunakan nyamuk aedes berWolbachia.

"Mohon kepada anda semua, jika terjumpa dua bekas hitam ini di kawasan perumahan, tolong jaga dengan baik.

Iklan

"Kepada ibu bapa, pastikan anak-anak tidak menyentuh dua bekas ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam infografik yang dimuat naik bersama, KKM memaklumkan bekas besar itu mengandungi telur nyamuk bagi menghasilkan nyamuk aedes dewasa berWolbachia.

Iklan

Bekas kecil pula digunakan untuk memantau kehadiran nyamuk aedes berWolbachia.

"Orang ramai diingatkan tidak mengganggu atau mengalih bekas ini dan tidak membuang air dari bekas ini.

"Orang ramai juga diminta tidak memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik dan benda lain ke dalam bekas ini,” katanya.