JAKARTA - INDONESIA . Hujan lebat dan angin kencang hari ini menyukarkan usaha pasukan penyelamat Indonesia mencari mangsa susulan tsunami yang tercetus ekoran letusan gunung berapi Anak Krakatau yang setakat ini mengorbankan 280 nyawa, mencederakan lebih 1000 yang lain sementara 50 mangsa dilaporkan hilang.
Pihak penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat dan pengorek bagi mengangkut dan membersihkan runtuhan dari lokasi kejadian di sekitar Selat Sunda, dan dalam masa sama ribuan mangsa dipindahkan dari wilayah yang terjejas.