JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Istana Pasir Pelangi ke Forest City sebagai 'warm up' sebelum memulakan jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019, Sabtu ini.
Melalui kemas kini Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menunggang 'Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike'.
Cuaca hujan ternyata tidak menghalang baginda untuk meneruskan perjalanan sejauh 40 kilometer itu.