PENYANYI dan penyampai radio Zayyan FM, Mawi telah ditahan sebuah hospital di Bangi pada Sabtu akibat tekanan darah tinggi serius yang dialami.
Menurut laporan sebuah akbar, Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 37, mengakui kejadian tesebut berlaku kerana dia terlau penat dan kurang rehat sejak kebelakangan ini apabila terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk menguruskan hal berkaitan keluarga.
"Saya sering berulang-alik dari ibu kota ke Johor sejak Allahyarham ibu sakit untuk menjaganya.
"Selepas ibu meninggal dunia, anak saudara saya pula dijemput Ilahi dan disusuli sepupu. Jadi, mungkin juga saya banyak fikir dan kurang rehat,” katanya sebagaimana yang dipetik daripada laporan berita berkenaan.
Oleh kerana bacaan darahnya terlalu tinggi, difahamkan doktor terpaksa menahan Mawi di hospital untuk beberapa hari lagi untuk rawatan dan pemantauan.
Dalam pada itu, isteri pengarah filem Tiada Tajuk itu, Ekin, dalam kemas kini terbaharu di Instagram miliknya turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rakan-rakan Mawi dan peminat yang sempat meluangkan masa untuk menziarahi suaminya di hospital.
"Thank you uols sudi datang malam-malam jenguk @cahayaasmawi.
"Pada yang message tak putus-putus tu, tq tq tq.. Sayang korang sangat-sangat. Nanti kita balas satu-persatu OK. Sorry hehe.. Alhamdulillah. Doa yang baik-baik,” tulisnya.