SRK jadi suara Mufasa dalam The Lion King

Iklan
Shah Rukh Khan menyumbangkan suara untuk watak Mufasa dan akan bergandingan dengan anaknya, Aryan Khan yang menyumbang suara untuk watak Simba. - Foto Instagram Shah Rukh Khan

SUDAH lama tidak melihat pelakon Bollywood pujaan ramai, Shah Rukh Khan tampil beraksi di skrin pawagam dan kaca televisyen.

Terkini, pelakon berusia 53 tahun ini mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia apabila memuat naik sebuah video dirinya sedang merekod suara latar sebagai Mufasa dalam filem Disney terbaharu, The Lion King versi bahasa Hindi.

Iklan
Iklan

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 4.1 juta tontonan.

Shah Rukh Khan menyumbangkan suara untuk watak Mufasa dan akan bergandingan dengan anaknya, Aryan Khan yang menyumbang suara untuk watak Simba.

Iklan

Ini merupakan kolaborasi kedua di antara dua beranak Khan itu dengan Disney selepas mereka menyumbang suara untuk watak Mr Incredible dan Dash dalam filem The Incredibles versi bahasa Hindi pada tahun 2004.

Sementara itu, filem The Lion King difahamkan akan ditayangkan pada 19 Julai ini.

Iklan